Rawatan Varma

Hidup sihat tanpa ubat

Kaedah merawat s penyakit dalam masa 30 hari

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat dan bulan yang paling sesuai untuk merawat penyakit badan dan minda. Semua pesakit harus mengguna baik bulan ini untuk mengembalikan kesihatan mereka. Insya Allah, Allah akan mempermudahkan urusan anda.

Para doktor akan melarang orang yang berpenyakit daripada berpuasa, Ia merupakan sebuah langkah yang salah. Sebenarnya, Semua orang boleh berpuasa termasuk orang yang berpenyakit ulser. Malah semua pesakit harus berpuasa kerana amalan berpuasa akan membantu pesakit untuk merawat penyakit dan menguatkan sistem imun.

Pesakit yang sedang makan ubat klinik boleh berhenti dan tidak perlu mengambilnya sepanjang bulan ramadan. Anda harus sedar bahawa, Allah SWT lebih mengenali anda daripada doktor anda. Selaku seorang yang beriman kepada Allah SWT, anda harus sedar bahawa Allah yang merawat penyakit dan bukan ubat yang anda makan.

Dalam artikel ini saya mengesyorkan beberapa kaedah untuk merawat semua jenis penyakit termasuk, penyakit yang di anggap kecil, penyakit yang dianggap berbahaya, penyakit didalam badan, penyakit di permukaan badan dan termasuk gangguan di minda. Anda harus mengguna baik bulan yang mulia ini untuk merawat semua penyakit anda dengan syarat anda mengikuti semua langkah berikut.

Kaedah bersahur
Semasa bersahur bangun awal, jangan bangun lewat atau last minit dan kalam kabut. Jika waktu imsak ialah pukul 5.20 pagi; Bangun sekurang-kurangnya 4 pagi.

Kaedah makan
1. Jangan makan terlalu kenyang. Jika makan dengan banyak, badan anda akan menggunakan banyak tenaga untuk menghadam makanan. Apabila tenaga berkurangan, anda akan cepat lemah, penat dan lapar semula.

2. Jangan makan makanan yang terlalu pedas atau masam. Pedas dan masam yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan.

3. Jangan makan makanan yang diperbuat dari tepung gandum, tepung beras, tepung jagung kerana tepung mengandungi banyak bahan kimia.

4. Jangan minum minuman yang dicampur dengan pewarna dan perasa kerana ia mengandungi banyak bahan kimia.

5. Jangan minum air terlalu banyak, kerana air yang berlebihan akan mengurangkan suhu badan. Organ dalaman memerlukan 98.6°f (37°c) untuk beroperasi dengan normal.

6. Cadangan supaya minum air yang banyak semasa sahur, dengan alasan badan perlukan air sepanjang hari, adalah tidak berasas. Walaupun anda minum air yang banyak, air tersebut akan keluar melalui air kencing dalam masa 1 jam sahaja. Badan tidak akan menyimpan air yang berlebihan.

7. Jangan minum air yang ditapis atau di didih. Hanya minum air paip biasa sahaja. Air paip mengandungi semua jenis mineral yang diperlukan oleh badan. Jika di didih atau ditapis semua mineral dari air akan hilang.

Semasa buka puasa
1. Semasa buka puasa sabar dan relaks.
2. Semasa buka puasa jangan makan makanan yang telah dimasak.
3. Jangan minum teh, kopi, nescafe, milo, susu lembu, susu kambing dan sebagainya.
4. Hanya makan buah-buahan yang manis atau minum jus buah-buahan sahaja.
5. Jangan campurkan gula atau ais dengan jus tersebut.

Makan pada waktu malam
1. Selepas sembahyang tarawih, baru makan makanan yang dimasak.
2. Makan hanya jika lapar. Jika tidak lapar, tidak perlu makan
3. Makan sekadar yang lapar sahaja.
4. Jika hilang rasa lapar berhenti makan
5. Jangan makan berlebihan hanya kerana makanan tak habis, sudah beli berlebihan, takut membazir dan sebagainya. Amalan ini akan mengundang penyakit.
6. Formula yang orang kata, saya tak makan sepanjang hari, jadi saya perlu makan berlebihan semasa buka puasa, adalah sebuah formula yang salah.

Amalan semasa berpuasa
1. Tenangkan minda, Jangan risau atau takut dengan penyakit atau sesuatu yang lain.
2. Berehat jika penat, Jangan paksa diri untuk berkerja
3. Tidur awal, Badan hanya akan merawat penyakit pada waktu malam jadi harus tidur seawal 9 malam.
4. Makan banyak buah-buahan tempatan yang manis untuk bersahur dan buka puasa.
5. Jangan makan buah-buahan yang tiada biji dan buah-buahan yang diubah asalnya.
6. Kurangkan dari makan buah-buahan yang di import.
7. Kurangkan makanan yang di masak
8. Jangan makan sebarang ubat atau pil, Walaupun dengan sebarang alasan.

Jika seorang pesakit berhenti makan ubat kimia dan mengikuti semua langkah diatas, Insya Allah penyakitnya akan sembuh. Sama ada penyakit yang biasa atau berbahaya, pasti akan sembuh, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment