Jangan takut dengan penyakit, Badan mampu merawatnya dengan sendiri


Kita tidak perlu takut dengan penyakit. Badan kita mempunyai akalnya sendiri. Jika mengalami gangguan kesihatan, badan kita mampu membaikinya dengan sendiri tanpa sebarang ubat dan tanpa bantuan dari sebarang perubatan. Badan kita lebih mengenali diri kita daripada seorang doktor. Percayalah kepada badan anda, dia mengenali segala kelebihan dan kekurangan anda, daripada rambut ke tapak kaki.

Hanya pencipta yang mampu membaiki barang yang dihasilkan olehnya, betul tak. Jika kereta kita rosak, ke mana kita hantar? Adalah kita hantar kepada kilang besi? atau ke perpustakaan? Tidak bukan, kita akan menghantarnya ke tempat di mana ia dibeli... betul tak?. Kerana hanya orang yang menghasilkannya dapat mengenalinya dan membaikinya dengan sempurna.

Siapa yang mencipta diri kita. Dari segi kepercayaan kita boleh menjawab sesuatu tetapi sebenarnya, siapa yang menghasilkan badan kita?. Badan kitalah yang menghasilkan badan ini secara sendiri. Di rahim ibu; siapa yang menghasilkan badan kita?. Adakah ibu kita yang menghasilkan badan kita?. Adakah ayah kita yang menghasilkan badan kita?. Adakah doktor yang menghasilkan badan kita?. Semuanya tidak...

Daripada setitik air mani, sistem badan kitalah yang menciptakan dirinya secara sendiri tanpa sebarang tunjuk ajar dan tanpa sebarang bantuan. Semua organ dan anggota badan dicipta oleh badan kita secara sendiri. Badan kita yang menentukan bentuk badan kita. Rupa kita, sais anggota badan kita dan semuanya. Badan kita yang membuat keputusan, di mana perlunya meletakkan mata, hidung, mulut dan semuanya. Tiada siapa yang membantunya.

Sistem yang menghasilkan badan kita masih terdapat didalam diri kita. Jika kita serahkan tugas kepada badan; Badan akan membaiki segala kerosakan dan kembalikan kesihatan. Serahkanlah tugas kepada badan, ia akan mengembalikan kesihatan. Hanya menuruti arahannya.



No comments:

Post a Comment