Faktor-faktor yang menyebabkan kanser payudara

Terdapat beberapa perkara yang kaum wanita melakukan dalam aktiviti harian yang menyebabkan mereka menjadi pesakit kanser payudara dengan mudah.

Faktor utama ialah memakai pakaian dalaman yang ketat, memakai coli yang kecil atau ketat, kegunaan coli yang mengandungi dawai dan memakai coli semasa tidur. Apabila memakai coli yang kecil atau ketat ia akan menghalang pergerakan darah,angin dan energi di badan. Di atas kulit manusia terletaknya channel acupuncture yang membekalkan energi ke seluruh badan. Apabila memakai coli yang ketat, ia akan menghalangi pergerakan energi di channel berkenaan. Apabila energi tidak memasuki sesebuah bahagian badan, organ yang berkaitan akan lemah dan toksin akan mula terkumpul disitu.

Faktor kedua adalah kegunaan bahan kimia. Kebanyakan wanita akan menggunakan bahan hiasan dan kosmetik. Boleh kata jarang nampak wanita muda yang tidak menggunakan kosmetik. Ok! sekarang saya mempunyai sebuah soalan. Kosmetik yang kaum wanita menggunakan dihasilkan dari apa? Apakah bahan asas kosmetik. Mudah je jawapan.. ramai yang akan menjawab kemikal. Ok sekarang saya tanya lagi kemikal tersebut dihasilkan dari apa?. Berapa ramai yang boleh jawab?. Saya rasa kebanyakan wanita tidak dapat menjawab soalan ini.

Setiap krim, losyen, pewangi, pensel warna, minyak wangi dan kosmetik dihasilkan dari kimia dan kimia dihasilkan bahan sintetik yang berbahaya. Cuba anda fikirkan selepas mandi menggunakan sabun, badan anda masih wangi atau tidak?. Anda telah mandi menggunakan sabun dan telah mencuci sabun tersebut, tetapi bau wangi sabun masih terdapat diatas kulit anda. Apakah maksudnya?. Adakah ini bermaksud anda telah mencuci sabun dengan bersih atau masih terdapat sisa sabun diatas kulit anda?.

Ingat, apabila di kulit kita masih terdapat wangi sabun dan apabila rambut kita masih terdapat wangi syampu, ia bermaksud; sabun dan syampu yang kita menggunakan untuk mandi telah memasuki kedalam kulit kita. Bahan kimia dari sabun dan syampu telah memasuki kedalam sel-sel badan kita. Sebab inilah bau wangi tidak hilang selepas mandi.

Bukan sahaja sabun dan syampu tetapi setiap krim, losyen, pewangi, minyak wangi dan kosmetik akan memasuki kedalam kulit dan sel-sel orang yang menggunakannya. Bahan kimia dari bahan-bahan tersebut akan memasuki kedalam kulit juga. Sistem badan akan mencuba untuk membersihkan dan membuang bahan kimia yang masuk kedalam badan. Tetapi apabila badan lemah atau gagal untuk membuangnya, terdapat peluang untuk kanser terhasil suatu masa nanti.

Bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam pil hormon, ubat, suntikan, makanan tambahan, vitamin, pil kesihatan dan sebagainya boleh menyebabkan penyakit kanser.

Bahan kimia yang terkandung didalam makanan yang telah diproses, makanan yang diawet, makanan didalam tin, minuman didalam botol, minuman didalam tin, pewarna dan perasa sintetik yang dicampur didalam makanan boleh tertakung didalam badan dan menyebabkan kanser.

Bukan sahaja kanser payudara, tetapi bahan kimia juga menjadi punca utama bagi kebanyakan penyakit rahim, penyakit kulit dan penyakit sendi wanita. Kebanyakan gangguan kesihatan wanita dapat di halang dengan mengelakkan kegunaan pakaian ketat dan dengan mengelakkan kegunaan bahan kimia.

No comments:

Post a Comment