Amalkan perkara berikut untuk mengekalkan kesihatan

Kesihatan manusia tidak akan berkurangan apabila usia semakin meningkat. Setiap orang manusia dapat hidup dengan sihat dan mengekalkan kesihatan walaupun setelah usia meningkat. Jika gaya hidup kita teratur dan betul umur hanyalah sebuah angka.

Gaya hidup yang betul
Jangan makan mengikut waktu jam atau jadual dan hanya makan jika lapar. Berhenti makan apabila perut mula kenyang. Jangan minum air semasa makan. Hanya minum 30 minit selepas makan.

Hanya minum apabila dahaga. Jangan minum air yang ditapis atau air yang di didih. Hanya minum air paip biasa. Jangan minum minuman dalam tin, minuman dalam botol dan minuman yang ditambah pewarna dan perasa.

Kurangkan aktiviti waktu malam. Tidur awal setiap hari, wajib tidur dari pukul 9 malam sehingga 4 pagi. Semasa tidur kurangkan kegunaan kipas dan penghawa dingin.

Rehat seketika apabila badan penat, jangan paksa badan untuk bekerja. Jika terlalu letih tidur seketika untuk memberikan badan rehat.

Jangan menghalang pembuangan air kecil dan air besar. Bangun awal, sekurang-kurangnya dua jam sebelum keluar berkerja; lalu badan mempunyai tempoh yang secukupnya untuk mengeluarkan air besar. Jika susah buang air besar pada waktu pagi, minum dua gelas air suam yang panas.

Jangan risau atau takut dengan sebarang masalah. Jangan sombong atau cemburu. Pastikan hati sentiasa tenang.

Makan buah-buahan yang manis dalam jumlah yang tinggi. Setiap orang termasuk pesakit kencing manis wajib makan buah-buahan tempatan yang manis untuk mengekalkan dan memulihkan kesihatan.

Jika seorang manusia mengamalkan semua perkara diatas orang tersebut pasti akan hidup sihat sehingga akhir.


No comments:

Post a Comment