Rawatan Varma

Hidup sihat tanpa ubat

Penyakit tidak semestinya wujud, dibahagian badan yang mengalami gangguan



Setiap manusia harus memahami badannya dan penyakit yang mungkin wujud dalam badannya. Dengan hanya memahami badan dan penyakitnya dia dapat mengekalkan kesihatannya sampai bila-bila.

Sesebuah penyakit tidak semestinya wujud, dibahagian badan yang mengalami gangguan ataupun kesakitan. Kalau seseorang terasa sakit dikepala, ia tidak bermaksud dia mempunyai masalah dikepala. Jika seseorang terasa sakit dilutut, ia tidak bermaksud dia mempunyai masalah ditulang. Jika seseorang sakit perut ia tidak bermaksud dia mempunyai masalah diperut.

Organ atau bahagian badan sebenar yang mengalami kerosakan mungkin berbeza dari tempat gangguannya menonjolkan diri. Gangguan yang biasa pesakit mengalami adalah simptom bagi sesebuah penyakit. Gangguan tersebut bukanlah sebuah penyakit yang sebenar. Oleh kerana doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakit dan gangguan sebenar. Doktor akan mengesyorkan pesakit supaya membuang organ yang mengalami gangguan atau makan ubat sehingga mati.

Kebanyakan pesakit yang mula makan ubat kimia untuk kesakitan dilutut, sakit sendi, sakit tulang, sakit kepala atau kesakitan yang lain; akan makan ubat sepanjang hayat. Kalau ubat yang mereka makan merawat gangguan, mereka harus dapat berhenti pengambilan ubat pada suatu masa, tetapi hampir semua pesakit akan makan ubat sampai mati. Sebab apa? Sebab apa gangguan mereka tidak sembuh?. Sebab apa ubat yang mereka makan tidak membantu mereka?.

Hanya terdapat dua jawapan untuk soalan ini. Jawapan yang pertama ialah gangguan yang mereka mengalami bukanlah sebuah penyakit, tetapi simptom. Hanya penyakit yang sebenar dapat dirawat dan simptom tidak dapat dirawat. Jawapan kedua ialah rawatan yang mereka amalkan adalah salah. Hanya ubat dan rawatan yang sebenar dapat merawat penyakit. Jika sesebuah ubat atau rawatan tidak dapat merawat penyakit sehingga sempurna se-lewat-lewatnya dalam tempoh enam bulan. Itu bukan rawatan dan apa yang pesakit tersebut makan bukanlah ubat.

Contohnya: Kalau seseorang sering mendengar bunyi yang aneh, terasa gatal, atau sakit di telinga, ia tidak bermaksud mengalami kerosakan ditelinga tetapi ia mungkin sebuah amaran bagi kerosakan di buah pinggang atau pundi kencing. Jika pesakit tersebut abaikan simptom dan hanya merawat telinganya, suatu hari nanti buah pinggangnya mungkin akan mengalami gangguan.

Kesakitan dikepala (sakit kepala) adalah simptom bagi beberapa masalah seperti sembelit, badan kekurangan air, darah kotor, badan penat, kekurangan tidur, badan terlalu panas, minda dalam tekanan dan sebagainya. Kalau seseorang makan ubat untuk mengawal kesakitan, dia hanya akan hilang deria kesedaran kesakitan. Penyakit dan kesakitan tetap wujud dalam badan dia. Hanya dia tidak sedar kerana makan ubat pelali.

Apabila seseorang makan ubat untuk mengawal simptom, penyakit yang sebenar akan semakin parah dan menjadi sebuah penyakit yang berbahaya.

Jangan takut dengan penyakit. Belajarlah tentang badan anda. Hanya perubatan tradisional dapat mengenal pasti penyakit yang sebenar dan merawatnya sehingga sembuh. Carilah pengubat tradisional (saya bukan maksudkan bomoh) yang dapat mengenal pasti penyakit yang sebenar dan merawatnya sehingga sempurna.


No comments:

Post a Comment