Perbezaan di antara penyakit dan bukan penyakit


Perbezaan di antara penyakit dan bukan penyakit
Ramai di kalangan kita tidak dapat membezakan di antara penyakit dan bukan penyakit.  Apabila berlaku sebarang perubahan di badan, ia akan di namakan sebagai penyakit. Jika berlaku sahaja sedikit gangguan dalam badan mereka akan mencari jalan untuk menghalang aktiviti berkenaan. Demi mengelakkan gangguan kesihatan yang teruk kira harus memahami badan kita dan perbezaan di antara penyakit dan bukan penyakit.

Apa itu penyakit?
Kita percaya bahawa, Setiap perkara yang dapat menghadkan pergerakan dan menghalang kehidupan harian kita adalah penyakit.

Dari mana penyakit terhasil?
Amalan harian kita menjadi punca utama segala gangguan kesihatan yang kita alami. Penyakit tidak akan muncul dari luar, malah kita yang menghasilkan penyakit dari dalam badan. Sesuatu perkara yang kita lakukan dalam hidupan harian atau cara makan dan minum menjadi punca utama segala gangguan kesihatan. 

Kaedah merawat penyakit
Kaedah merawat penyakit sangat mudah iaitu, hanya mencari punca utama gangguan kesihatan berkenaan dan membaikinya. Kalau kita membetulkan punca gangguan penyakit tersebut, badan kita akan merawat dirinya sendiri dan kembali sihat.

Apa yang bukan penyakit
Ini sebuah soalan yang sangat penting. Apabila kita mengenali yang mana bukan penyakit barulah kita boleh mengenali apa itu penyakit sebenarnya. Ramai yang makan ubat untuk mengawal aktiviti penting badan dengan mempercayainya sebagai penyakit.

  1. Bersin
  2. Selesema
  3. Kahak
  4. Batuk
  5. Demam
  6. Sakit badan
  7. Luka basah
  8. Gatal
  9. Bisul


Dan panjang lagi senarai gangguan yang bukan penyakit. Senarai di atas adalah sebahagian gangguan yang biasa kita alami dan makan ubat untuk mengawalnya. Senarai di atas bukan penyakit atau gangguan kesihatan sebenarnya, ia adalah proses penyingkiran kotoran dari badan.

Bersin – Apabila benda asing, habuk atau kuman masuk dalam badan kita melalui pernafasan, badan kita akan menghasilkan bersin untuk mengeluarkan benda tersebut.

Selesema – Jika penyingkiran tersebut terhalang atau badan tidak dapat mengeluarkannya, badan akan menghasilkan Selesema untuk mengeluarkan semua benda asing melalui Selesema.

Kahak – Jika penyingkiran tersebut terhalang lagi atau badan tidak dapat mengeluarkannya, badan akan menghasilkan kahak dan akan mengeluarkan kotoran tersebut.

Batuk – Jika badan tidak cukup tenaga untuk mengeluarkan kahak tersebut badan akan membatuk untuk mengeluarkan kahak yang kering atau terlekat di paru-paru

Demam – Ini sangat penting, badan hanya akan menghasilkan demam untuk kebaikan badan. Badan akan menghasilkan demam untuk banyak sebab seperti mencairkan kahak yang kering, membunuh kuman dalam badan, menghasilkan tenaga untuk organ, merawat sesuatu penyakit dan sebagainya.

Sakit badan – Kesakitan menunjukkan sesebuah bahagian badan yang sakit sedang di rawat.

Luka basah – Luka basah menunjukkan toksin dalam badan sedang dibuang melalui kulit.

Gatal – Gatal menunjukkan berlakunya penyekatan tenaga dalam channel akupuntur atau penghalangan dalam pengedaran darah.

Bisul – Bisul terhasil untuk mengeluarkan toksin yang berbahaya dalam badan melalui kulit.

Semua yang tersenarai di atas adalah sangat baik dan sangat penting untuk badan jangan sekali-kali menghalangnya. Jika menghalang ia akan menjadi toksin terkumpul dalam badan dan akan menghasilkan banyak penyakit serius dan berbahaya.

Ingat tiada benda yang baik atau penting akan keluar dari badan manusia. Jika sesuatu keluar dari badan ia adalah sesuatu yang tidak baik untuk badan dan harus di buang. Menghalang gangguan-gangguan tersenarai di atas menyebabkan ramai kanak-kanak menjadi pesakit pada masa hadapan.


No comments:

Post a Comment