Manis sangat penting untuk kesihatan.


Manis dikatakan sebagai punca kepada kebanyakan penyakit manusia. Ini merupakan sebuah tuduhan palsu yang tidak berasas. Sebenarnya manis sangat penting untuk mengekalkan kesihatan manusia. Manusia tidak dapat hidup sihat tanpa manis. Manis juga sangat penting untuk merawat penyakit dan kembalikan kesihatan pesakit.

Kebanyakan doktor alopatik akan menuduh manis untuk kelemahan kesihatan pesakit. Sebenarnya yang merosakkan kesihatan pesakit ialah dua perkara lain iaitu, Cara hidup yang salah dan kegunaan bahan kimia. Manis sangat penting untuk manusia dan setiap pesakit perlu makan bahan manis yang asli untuk memulihkan kesihatan mereka. Manis yang baik terkandung dalam semua jenis makanan asli seperti buah-buahan, madu, gula melaka, gula merah, air tebu dan sebagainya.

Demi mengembalikan kesihatan setiap pesakit wajib makan buah-buahan tempatan yang manis setiap hari, walaupun selaku pesakit kencing manis, atau terdapat sebarang penyakit yang lain. Buah-buahan manis mengandungi nilai gula baik (Glukosa) yang tinggi, mineral, fiber, vitamin, kalsium, protein, iron, folic acid, beta carotene, potasium dan banyak lagi zat. Gula baik dan zat-zat ini akan membantu badan mengembalikan kesihatan dan merawat organ dalaman yang rosak dengan cepat.

(Perlu dielak dari makan)

Setiap orang pesakit dan orang yang sihat harus mengelakkan diri dari memakan gula pasir dan gula halus yang berwarna putih. Warna gula yang sebenar adalah warna coklat, bahan asli dari gula di buang dan di cuci dengan bahan kimia yang berbahaya untuk menjadikannya berwarna putih. Kecacatan pada sumber asli dan bahan kimia yang dicampur menyebabkan orang yang makan gula tersebut jatuh sakit.

Perkara yang menyebabkan orang jatuh sakit adalah bahan kimia yang terkandung dalam gula dan bukan gula tersebut. Jadi gantikan kegunaan gula pasir kepada gula merah, gula melaka dan manis asli yang lain. Mengelakkan diri dari memakan semua jenis makanan yang berwarna putih.


No comments:

Post a Comment