Makanan dan minuman yang tidak sesuai bagi pesakit


Ada beberapa jenis makanan dan minuman yang harus di elakkan oleh para pesakit, bukan sahaja pesakit kencing manis tetapi oleh semua pesakit. Kalau hendak mengelakkan penyakit pada masa hadapan orang yang sihat sekarang pun harus mengelakkan diri dari makan, makanan berikut.


1. Minuman bergas, bersusu, jus dalam tin, kotak dan botol.
2. Semua jenis minuman yang telah di proses dan dibungkus
3. Makanan yang diproses dan dibungkus dalam tin.
4. Daging yang diproses seperti nugget, sosej, daging salai dan sebagainya.
5. Makanan segera yang diproses seperti pizza, burger, nugget dan sebagainya.
6. Ayam daging dan daging yang di import.
7. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang di import dari negara yang jauh.
8. Gula pasir, gula halus dan garam halus.
9. Gula-gula, jajan dan keropok yang di bungkus.
10. Semua jenis minuman, teh, kopi, koko, bijirin 3 dalam 1.
11. Makanan dan minuman yang di awet, sejuk beku.
12. Minuman sejuk / air batu.

Makanan dan minuman di atas harus di elakkan oleh orang yang sedang sakit kerana banyak bahan kimia, bahan pengawet, gula dan garam di gunakan untuk memproses makanan dan minuman tersebut. Bahan kimia yang di campur dalam makanan dan minuman berkenaan boleh merosakkan organ dalaman, sistem penghadaman dan merosotkan lagi kesihatan pesakit.

Badan manusia hanya mampu memproses dan menghadami makanan semulajadi. Bahan kimia yang di campur dalam semua makanan di atas adalah bahan sintetik dan badan tidak mampu memproses atau membuang bahan berkenaan. Bahan kimia yang di makan akan terbiar dalam badan dan akan menghasilkan penyakit di organ yang bahan kimia berkenaan terkumpul.



No comments:

Post a Comment