Rawatan Varma

Hidup sihat tanpa ubat

Kepentingan udara di rumah


Udara yang segar amat penting untuk mengekalkan kesihatan manusia. Udara bukan sahaja di gunakan oleh badan untuk bernafas tetapi udara bertugas sebagai pembawa universal energi ke dalam badan dan tukang bersih badan.

Semasa bernafas udara akan membekalkan universal energi kepada badan, universal energi ini sangat penting untuk badan beroperasi. Udara juga bertugas sebagai pembuang kotoran dari badan. toksin, kuman, virus, dan kotoran-kotoran lain akan keluar dari badan melalui pernafasan.

Kita harus memastikan rumah dan bilik tidur sentiasa mudah untuk udara keluar dan masuk. Kotoran yang keluar dari badan manusia melalui pernafasan hanya akan keluar dari rumah dan pada masa yang sama universal energi dari semulajadi akan masuk ke dalam rumah, jika mempunyai pengedaran udara yang selesa.

Sila pastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa terbuka. Jika tidak dapat membuka selalu, sekurang kurangnya pastikan tingkap dan pintu dibuka empat jam sehari. Pada masa yang sama sila pastikan keselamatan rumah anda.

Seorang yang tidur dalam bilik yang mempunyai pengedaran udara yang mencukupi tidak mudah jatuh sakit dan juga dengan tidur di bilik yang mempunyai pengedaran udara yang mencukupi, manusia akan sembuh dari penyakit dengan mudah.

No comments:

Post a Comment