Berikan badan peluang untuk menstabilkan kembali kadar gula
Jika anda disahkan gula berlebihan didalam badan dengan ujian. Jangan takut dan jangan mula makan ubat terburu-buru. Berikan peluang kepada badan untuk menstabilkan kembali kadar gula dalam badan.

Kawal makanan, kurangkan pengambilan makanan yang berwarna putih seperti ajinamoto, gula pasir, garam, tepung gandum dan sebagainya. Kurangkan pengambilan air semasa makan. Elakkan dari makan semua jenis makanan dan minuman yang diproses atau dicampur bahan pewarna, perasa dan bahan kimia.

Berikan badan peluang untuk menstabilkan kembali kadar gula, sekurang kurangnya satu tahun.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan rahmat dan bulan yang paling sesuai untuk merawat penyakit badan dan minda. Semua pesakit harus mengguna baik bulan ini untuk mengembalikan kesihatan mereka. Insya Allah, Allah akan mempermudahkan urusan anda.

Para doktor akan melarang orang yang berpenyakit daripada berpuasa, Ia merupakan sebuah langkah yang salah. Sebenarnya, Semua orang boleh berpuasa termasuk orang yang berpenyakit ulser. Malah semua pesakit harus berpuasa kerana amalan berpuasa akan membantu pesakit untuk merawat penyakit dan menguatkan sistem imun.

Pesakit yang sedang makan ubat klinik boleh berhenti dan tidak perlu mengambilnya sepanjang bulan ramadan. Anda harus sedar bahawa, Allah SWT lebih mengenali anda daripada doktor anda. Selaku seorang yang beriman kepada Allah SWT, anda harus sedar bahawa Allah yang merawat penyakit dan bukan ubat yang anda makan.

Dalam artikel ini saya mengesyorkan beberapa kaedah untuk merawat semua jenis penyakit termasuk, penyakit yang di anggap kecil, penyakit yang dianggap berbahaya, penyakit didalam badan, penyakit di permukaan badan dan termasuk gangguan di minda. Anda harus mengguna baik bulan yang mulia ini untuk merawat semua penyakit anda dengan syarat anda mengikuti semua langkah berikut.

Kaedah bersahur
Semasa bersahur bangun awal, jangan bangun lewat atau last minit dan kalam kabut. Jika waktu imsak ialah pukul 5.20 pagi; Bangun sekurang-kurangnya 4 pagi.

Kaedah makan
1. Jangan makan terlalu kenyang. Jika makan dengan banyak, badan anda akan menggunakan banyak tenaga untuk menghadam makanan. Apabila tenaga berkurangan, anda akan cepat lemah, penat dan lapar semula.

2. Jangan makan makanan yang terlalu pedas atau masam. Pedas dan masam yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan.

3. Jangan makan makanan yang diperbuat dari tepung gandum, tepung beras, tepung jagung kerana tepung mengandungi banyak bahan kimia.

4. Jangan minum minuman yang dicampur dengan pewarna dan perasa kerana ia mengandungi banyak bahan kimia.

5. Jangan minum air terlalu banyak, kerana air yang berlebihan akan mengurangkan suhu badan. Organ dalaman memerlukan 98.6°f (37°c) untuk beroperasi dengan normal.

6. Cadangan supaya minum air yang banyak semasa sahur, dengan alasan badan perlukan air sepanjang hari, adalah tidak berasas. Walaupun anda minum air yang banyak, air tersebut akan keluar melalui air kencing dalam masa 1 jam sahaja. Badan tidak akan menyimpan air yang berlebihan.

7. Jangan minum air yang ditapis atau di didih. Hanya minum air paip biasa sahaja. Air paip mengandungi semua jenis mineral yang diperlukan oleh badan. Jika di didih atau ditapis semua mineral dari air akan hilang.

Semasa buka puasa
1. Semasa buka puasa sabar dan relaks.
2. Semasa buka puasa jangan makan makanan yang telah dimasak.
3. Jangan minum teh, kopi, nescafe, milo, susu lembu, susu kambing dan sebagainya.
4. Hanya makan buah-buahan yang manis atau minum jus buah-buahan sahaja.
5. Jangan campurkan gula atau ais dengan jus tersebut.

Makan pada waktu malam
1. Selepas sembahyang tarawih, baru makan makanan yang dimasak.
2. Makan hanya jika lapar. Jika tidak lapar, tidak perlu makan
3. Makan sekadar yang lapar sahaja.
4. Jika hilang rasa lapar berhenti makan
5. Jangan makan berlebihan hanya kerana makanan tak habis, sudah beli berlebihan, takut membazir dan sebagainya. Amalan ini akan mengundang penyakit.
6. Formula yang orang kata, saya tak makan sepanjang hari, jadi saya perlu makan berlebihan semasa buka puasa, adalah sebuah formula yang salah.

Amalan semasa berpuasa
1. Tenangkan minda, Jangan risau atau takut dengan penyakit atau sesuatu yang lain.
2. Berehat jika penat, Jangan paksa diri untuk berkerja
3. Tidur awal, Badan hanya akan merawat penyakit pada waktu malam jadi harus tidur seawal 9 malam.
4. Makan banyak buah-buahan tempatan yang manis untuk bersahur dan buka puasa.
5. Jangan makan buah-buahan yang tiada biji dan buah-buahan yang diubah asalnya.
6. Kurangkan dari makan buah-buahan yang di import.
7. Kurangkan makanan yang di masak
8. Jangan makan sebarang ubat atau pil, Walaupun dengan sebarang alasan.

Jika seorang pesakit berhenti makan ubat kimia dan mengikuti semua langkah diatas, Insya Allah penyakitnya akan sembuh. Sama ada penyakit yang biasa atau berbahaya, pasti akan sembuh, Insya Allah.


Tip minum air
Teh, kopi, milo, nescafe, horlicks, coke, pepsi, 7up, miranda, sirap, bandung, tongkat ali dan semua jenis minuman yang dicampur dengan bahan pewarna, perasa, pewangi, herba, bahan kimia dan seumpama dengannya adalah makanan bagi pemahaman badan dan bukannya minuman. Bagi pemahaman badan, hanya air yang tidak dicampur dengan sebarang pewarna, perasa, pewangi, atau bahan yang lain adalah air.

Jika terasa dahaga jangan minum minuman yang dicampur dengan bahan kimia, pewarna, perasa dan sebagainya. Hanya minum air mentah yang tidak ditapis atau di didih.

Jika air di didih semua bakteria baik, mineral dan zat di dalam air akan mati dan jika di tapis dengan berlebihan semua bakteria baik dan mineral akan di tapis dan dibuang. Menurut sebuah laporan daripada W.H.O - Organisasi kesihatan dunia, air mengandungi calcium, magnesium, fluoride, sodium, copper, selenium, potassium dan banyak zat baik yang hanya dapat diperolehi dari air. Jika air di didih atau di tapis badan akan kehilangan semua zat tersebut. Mineral dan zat yang diperolehi melalui makanan adalah tidak sama dengan mineral dan zat yang diperolehi daripada minuman.

Ramai yang mempunyai masalah tulang, masalah sendi, masalah gigi, masalah buah pinggang, masalah rahim, masalah tenaga batin kerana kekurangan zat yang hanya dapat diperolehi melalui air. Oleh kerana mereka minum air yang di didih atau di tapis. Ingat zat yang di perolehi daripada air yang semulajadi tidak dapat di gantikan dengan makanan atau pil.

Semasa minum gunakan gelas dan rapatkan gelas dengan bibir, bibir harus basah semasa minum. Jangan menggunakan straw. Minum sedikit demi sedikit. Jangan minum tanpa dahaga.

Air paip lebih sesuai bagi badan dari air yang ditapis dengan berlebihan.

Laporan W.H.O
http://www.who.int/water_sanitation_health/dwq/nutrientsindw.pdf

Kesihatan manusia tidak akan berkurangan apabila usia semakin meningkat. Setiap orang manusia dapat hidup dengan sihat dan mengekalkan kesihatan walaupun setelah usia meningkat. Jika gaya hidup kita teratur dan betul umur hanyalah sebuah angka.

Gaya hidup yang betul
Jangan makan mengikut waktu jam atau jadual dan hanya makan jika lapar. Berhenti makan apabila perut mula kenyang. Jangan minum air semasa makan. Hanya minum 30 minit selepas makan.

Hanya minum apabila dahaga. Jangan minum air yang ditapis atau air yang di didih. Hanya minum air paip biasa. Jangan minum minuman dalam tin, minuman dalam botol dan minuman yang ditambah pewarna dan perasa.

Kurangkan aktiviti waktu malam. Tidur awal setiap hari, wajib tidur dari pukul 9 malam sehingga 4 pagi. Semasa tidur kurangkan kegunaan kipas dan penghawa dingin.

Rehat seketika apabila badan penat, jangan paksa badan untuk bekerja. Jika terlalu letih tidur seketika untuk memberikan badan rehat.

Jangan menghalang pembuangan air kecil dan air besar. Bangun awal, sekurang-kurangnya dua jam sebelum keluar berkerja; lalu badan mempunyai tempoh yang secukupnya untuk mengeluarkan air besar. Jika susah buang air besar pada waktu pagi, minum dua gelas air suam yang panas.

Jangan risau atau takut dengan sebarang masalah. Jangan sombong atau cemburu. Pastikan hati sentiasa tenang.

Makan buah-buahan yang manis dalam jumlah yang tinggi. Setiap orang termasuk pesakit kencing manis wajib makan buah-buahan tempatan yang manis untuk mengekalkan dan memulihkan kesihatan.

Jika seorang manusia mengamalkan semua perkara diatas orang tersebut pasti akan hidup sihat sehingga akhir.


Terdapat beberapa perkara yang kaum wanita melakukan dalam aktiviti harian yang menyebabkan mereka menjadi pesakit kanser payudara dengan mudah.

Faktor utama ialah memakai pakaian dalaman yang ketat, memakai coli yang kecil atau ketat, kegunaan coli yang mengandungi dawai dan memakai coli semasa tidur. Apabila memakai coli yang kecil atau ketat ia akan menghalang pergerakan darah,angin dan energi di badan. Di atas kulit manusia terletaknya channel acupuncture yang membekalkan energi ke seluruh badan. Apabila memakai coli yang ketat, ia akan menghalangi pergerakan energi di channel berkenaan. Apabila energi tidak memasuki sesebuah bahagian badan, organ yang berkaitan akan lemah dan toksin akan mula terkumpul disitu.

Faktor kedua adalah kegunaan bahan kimia. Kebanyakan wanita akan menggunakan bahan hiasan dan kosmetik. Boleh kata jarang nampak wanita muda yang tidak menggunakan kosmetik. Ok! sekarang saya mempunyai sebuah soalan. Kosmetik yang kaum wanita menggunakan dihasilkan dari apa? Apakah bahan asas kosmetik. Mudah je jawapan.. ramai yang akan menjawab kemikal. Ok sekarang saya tanya lagi kemikal tersebut dihasilkan dari apa?. Berapa ramai yang boleh jawab?. Saya rasa kebanyakan wanita tidak dapat menjawab soalan ini.

Setiap krim, losyen, pewangi, pensel warna, minyak wangi dan kosmetik dihasilkan dari kimia dan kimia dihasilkan bahan sintetik yang berbahaya. Cuba anda fikirkan selepas mandi menggunakan sabun, badan anda masih wangi atau tidak?. Anda telah mandi menggunakan sabun dan telah mencuci sabun tersebut, tetapi bau wangi sabun masih terdapat diatas kulit anda. Apakah maksudnya?. Adakah ini bermaksud anda telah mencuci sabun dengan bersih atau masih terdapat sisa sabun diatas kulit anda?.

Ingat, apabila di kulit kita masih terdapat wangi sabun dan apabila rambut kita masih terdapat wangi syampu, ia bermaksud; sabun dan syampu yang kita menggunakan untuk mandi telah memasuki kedalam kulit kita. Bahan kimia dari sabun dan syampu telah memasuki kedalam sel-sel badan kita. Sebab inilah bau wangi tidak hilang selepas mandi.

Bukan sahaja sabun dan syampu tetapi setiap krim, losyen, pewangi, minyak wangi dan kosmetik akan memasuki kedalam kulit dan sel-sel orang yang menggunakannya. Bahan kimia dari bahan-bahan tersebut akan memasuki kedalam kulit juga. Sistem badan akan mencuba untuk membersihkan dan membuang bahan kimia yang masuk kedalam badan. Tetapi apabila badan lemah atau gagal untuk membuangnya, terdapat peluang untuk kanser terhasil suatu masa nanti.

Bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam pil hormon, ubat, suntikan, makanan tambahan, vitamin, pil kesihatan dan sebagainya boleh menyebabkan penyakit kanser.

Bahan kimia yang terkandung didalam makanan yang telah diproses, makanan yang diawet, makanan didalam tin, minuman didalam botol, minuman didalam tin, pewarna dan perasa sintetik yang dicampur didalam makanan boleh tertakung didalam badan dan menyebabkan kanser.

Bukan sahaja kanser payudara, tetapi bahan kimia juga menjadi punca utama bagi kebanyakan penyakit rahim, penyakit kulit dan penyakit sendi wanita. Kebanyakan gangguan kesihatan wanita dapat di halang dengan mengelakkan kegunaan pakaian ketat dan dengan mengelakkan kegunaan bahan kimia.


Kita tidak perlu takut dengan penyakit. Badan kita mempunyai akalnya sendiri. Jika mengalami gangguan kesihatan, badan kita mampu membaikinya dengan sendiri tanpa sebarang ubat dan tanpa bantuan dari sebarang perubatan. Badan kita lebih mengenali diri kita daripada seorang doktor. Percayalah kepada badan anda, dia mengenali segala kelebihan dan kekurangan anda, daripada rambut ke tapak kaki.

Hanya pencipta yang mampu membaiki barang yang dihasilkan olehnya, betul tak. Jika kereta kita rosak, ke mana kita hantar? Adalah kita hantar kepada kilang besi? atau ke perpustakaan? Tidak bukan, kita akan menghantarnya ke tempat di mana ia dibeli... betul tak?. Kerana hanya orang yang menghasilkannya dapat mengenalinya dan membaikinya dengan sempurna.

Siapa yang mencipta diri kita. Dari segi kepercayaan kita boleh menjawab sesuatu tetapi sebenarnya, siapa yang menghasilkan badan kita?. Badan kitalah yang menghasilkan badan ini secara sendiri. Di rahim ibu; siapa yang menghasilkan badan kita?. Adakah ibu kita yang menghasilkan badan kita?. Adakah ayah kita yang menghasilkan badan kita?. Adakah doktor yang menghasilkan badan kita?. Semuanya tidak...

Daripada setitik air mani, sistem badan kitalah yang menciptakan dirinya secara sendiri tanpa sebarang tunjuk ajar dan tanpa sebarang bantuan. Semua organ dan anggota badan dicipta oleh badan kita secara sendiri. Badan kita yang menentukan bentuk badan kita. Rupa kita, sais anggota badan kita dan semuanya. Badan kita yang membuat keputusan, di mana perlunya meletakkan mata, hidung, mulut dan semuanya. Tiada siapa yang membantunya.

Sistem yang menghasilkan badan kita masih terdapat didalam diri kita. Jika kita serahkan tugas kepada badan; Badan akan membaiki segala kerosakan dan kembalikan kesihatan. Serahkanlah tugas kepada badan, ia akan mengembalikan kesihatan. Hanya menuruti arahannya.




Awas!, Jangan percaya kalau orang kata anggota badan kita akan menjadi lemah atau hilang upaya apabila usia kita meningkat. Ingat, daripada rambut sehingga ke tapak kaki, setiap anggota luaran dan dalaman badan di berikan oleh Tuhan untuk digunakan oleh kita, sepanjang usia, sehingga ke hari akhir hayat.

Para pemilik kilang ubat dan pembekal perkhidmatan perubatan, program minda kita “Brain wash” dan “Mind Program” supaya kita mempercayakan bahawa manusia akan mula lemah dan akan jatuh sakit apabila semakin tua. Kepercayaan ini akan menyebabkan manusia mula lemah dan jatuh sakit apabila usia meningkat.

Ingat penyakit bermula di minda dan bukan di badan. Apa sahaja yang anda mempercayakan bahawa akan berlaku kepada diri anda, tetap akan berlaku kepada anda. Minda anda berupaya untuk memberikan apa yang anda mempercayakan. Dari sekarang percayalah bahawa anda akan hidup sihat sepanjang hayat dan gangguan dan penyakit bukanlah sesuatu yang nyata.

Tahukah anda lebih daripada 70% pesakit yang mati. Sebenarnya mati kerana ketakutan dan kepercayaan dan bukan kerana penyakit yang sebenar.

Berhati-hati dan memelihara minda anda dengan betul. Jangan membiarkan doktor atau orang lain meracuni minda anda. Apa sahaja yang anda mula mempercayakan akan menjadi milik anda.